Khamis, 13 Oktober 2011

KATA PERINTAH

Kata perintah di dalam ayat yang diucapkan dengan tujuan menimbulkan gerak balas yang berupa tindakan.  Bentuk kata perintah membawa maksud : suruhan, permintaan, silaan ataupun larangan.

Kata perintah :
Suruhan               : tolong
Permintaan          : minta, harap
Silaan                  : sila, jemput
Larangan             : jangan, usah.

Contoh penggunaan kata perintah dalam ayat:
Sila masuk ke rumah saya.
Tolong ambilkan buku itu.
Minta semua hadirin berdiri tegak untuk menyanyikan lagu Negaraku.
Jemput menjamu selera.
Jangan buang sampah merata-rata.
Usah dikenang perkara yang lepas.
Harap kamu memahami masalah yang kami hadapi sekarang.

Sila ambil perhatian! Kata perintah tidak boleh digabungkan.
Sila jangan merokok di kawasan ini. (X)
Tolong jangan makan di dalam bas ini. (X)
Harap jangan bising di dalam kelas. (X)
Jangan merokok di kawasan ini. (√)
Jangan bising di dalam kelas. (√)


*Imbuhan meN- pada kata kerja transitif harus digugurkan dalam ayat perintah.
*Imbuhan awalan kata kerja tak transitif harus dikekalkan dalam ayat perintah.