Jumaat, 7 Oktober 2011

KATA SENDI

PENGGUNAAN KATA SENDI 'DARI'........'DARIPADA'


DARI

Digunakan di hadapan KN atau FN yang menerangkan :

Arah
CONTOH : belakang, atas, sana, utara

Tempat
CONTOH : sekolah, rumah, Ampang

Masa
CONTOH : pukul lima, tadi, dulu

FORMULA ~ dari A T M


DARIPADA

Digunakan dalam hal yang menyatakan:

Asal kejadian /sumber
CONTOH : daripada kayu, daripada rotan

Perbandingan
CONTOH : lebih besar daripada

Orang
CONTOH : daripada ibu

Punca bagi benda dan unsur abstrak
CONTOH : daripada terus merebak

FORMULA ~ daripada A P O P


PENGGUNAAN KATA SENDI    'DI'...........'PADA'


DI
Digunakan di hadapan KN atau FN yang menerangkan tempat

di padang di balai polis
di Kuala Lumpur di dalam almari



PADA

digunakan di hadapan KN atau FN :

menerangkan masa
CONTOH :pada waktu petang
pada suatu hari

dalam ungkapan yang bermaksud ada+pada (manusia atau haiwan)
CONTOH : ada pada saya
ada pada haiwan mamalia

menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja
CONTOH : berpaut pada palang
ditambat pada pokok

dalam situasi tertentu seperti
Pada pendapat saya……
Pada saya khabar angin itu adalah tidak benar.

PENGGUNAAN KATA YANG TEPAT ( ii )

PENGUNAAN KATA YANG TEPAT ( ii ) 'BILA'.......'APABILA'


BILA……………...APABILA

BILA ~ digunakan untuk bertanyakan tentang waktu/ masa

Contoh : Bila kamu sampai ?

APABILA ~ digunakan untuk menyatakan waktu / masa

Contoh : Syazwani mengangkat kain apabila mendapati hujan
hendak turun.
Arif suka membaca komik apabila ada masa terluang.



ANTARA…………...DI ANTARA
DALAM………… .DI DALAM
ATAS…………..DI ATAS

DI ANTARA / DI DALAM ~ menunjukkan kata arah
DI ATAS ada ruang

Contoh : Buku itu disimpan di dalam laci meja.
Kelas 6 Zuhrah terletak di antara Kelas 6 Utarid dan 6 Marikh.
Kuih-muih itu telah dihidangkan di atas meja.

ANTARA/ DALAM/ATAS ~digunakan untuk menyatakan makna tempat yang tidak mempunyai ruang
atau jarak

Contoh : Kata putus telah berjaya dicapai dalam mesyuarat itu.
Persahabatan antara Asyraf dan Mustaza telah lama terjalin.
Danial terharu atas kepercayaan yang diberi oleh guru dan rakan-
rakannya.

PENGGUNAAN KATA YANG TEPAT ( i )

PENGUNAAN KATA YANG TEPAT ( i) 'ADAKAH'........'APAKAH'


ADAKAH…………...APAKAH

ADAKAH ~ digunakan untuk mendapatkan jawapan “ya” atau “tidak”

Contoh : Adakah Haziq datang semalam?
Adakah benar ceritamu itu?

APAKAH ~ digunakan untuk mendapatkan jawapan tentang nama binatang,
benda, keterangan tentang sesuatu dan bertanyakan sesuatu yang
tidak khusus.

Contoh : Apakah nama kereta terbaharu buatan Malaysia?
Apakah sebab berlakunya runtuhan tanah di kawasan itu?


BOLEH………………...DAPAT

BOLEH ~ lebih sesuai digunakan dalam kaitan dengan keizinan/kebenaran

Contoh : Luqman boleh bermain bola setelah menyiapkan semua kerja sekolahnya.
Hafiz boleh ke rumah sahabatnya setelah mendapat keizinan daripada ibunya.

DAPAT ~ lebih sesuai digunakan dalam kaitan dengan keupayaan / kemampuan

Contoh : Muna sudah dapat menunggang basikal setelah berusaha bersungguh-sungguh.
Amir sudah dapat membaca walaupun baru berusia empat tahun.

TIPS KATA PENGUAT

KATA PENGUAT HADAPAN, KATA PENGUAT BELAKANG, KATA PENGUAT BEBAS


Kata penguat hadapan:
terlalu , paling, agak * teramat / tersangat

Contoh :
terlalu pendek
paling pandai
agak besar

Kata penguat belakang : sekali, benar, nian

Contoh :
kecil sekali
besar benar
cantik nian

kata penguat bebas : amat, sangat, sungguh

Contoh :
amat tinggi / tinggi amat
sangat sedap / sedap sangat
sungguh berani / berani sungguh

*kata penguat boleh juga wujud di hadapan dan di belakang kata adjektif

Contoh :
sangat……..sekali sangat letih sekali
amat………..sekali amat manis sekali
sungguh…..sekali sungguh indah sekali

~FORMULA : SAS …..sekali

TIPS KATA PEMERI

KATA PEMERI     'IALAH'................'ADALAH'


ialah ~untuk persamaan
hadir di hadapan frasa nama

Contoh : ialah buku cerita
ialah masak lemak cili padi

adalah ~untuk huraian
hadir di hadapan frasa adjektif atau frasa sendi nama

Contoh: adalah biru
adalah untuk kecemerlangan bersama
adalah antara orang yang terawal tiba di sini



*Kata kerja tidak menerima kata pemeri. Anda perlu tambah kata sendi nama pada kata pemeri ‘adalah’. Sebagai contoh: Langkah-langkah yang perlu diambil adalah menguatkuasakan undang-undang……sepatutnya ….adalah dengan menguatkuasakan………/ adalah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan… antara kata sendiri nama yang dapat digunakan ( adalah untuk/adalah dengan/adalah melalui, adalah seperti)



*Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja

Adalah diberitahu….. ( X )
Adalah dimaklumkan… .. ( X )
Adalah diharapkan … . ( X)

Dengan ini dimaklumkan …( / )
Dengan ini diumumkan…… ( / )