Jumaat, 7 Oktober 2011

PENGGUNAAN KATA YANG TEPAT ( i )

PENGUNAAN KATA YANG TEPAT ( i) 'ADAKAH'........'APAKAH'


ADAKAH…………...APAKAH

ADAKAH ~ digunakan untuk mendapatkan jawapan “ya” atau “tidak”

Contoh : Adakah Haziq datang semalam?
Adakah benar ceritamu itu?

APAKAH ~ digunakan untuk mendapatkan jawapan tentang nama binatang,
benda, keterangan tentang sesuatu dan bertanyakan sesuatu yang
tidak khusus.

Contoh : Apakah nama kereta terbaharu buatan Malaysia?
Apakah sebab berlakunya runtuhan tanah di kawasan itu?


BOLEH………………...DAPAT

BOLEH ~ lebih sesuai digunakan dalam kaitan dengan keizinan/kebenaran

Contoh : Luqman boleh bermain bola setelah menyiapkan semua kerja sekolahnya.
Hafiz boleh ke rumah sahabatnya setelah mendapat keizinan daripada ibunya.

DAPAT ~ lebih sesuai digunakan dalam kaitan dengan keupayaan / kemampuan

Contoh : Muna sudah dapat menunggang basikal setelah berusaha bersungguh-sungguh.
Amir sudah dapat membaca walaupun baru berusia empat tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan